Bukan Dato’ M. Nasir kalau karyanya tidak berani dan luar biasa.

Jika sebelum ini kita sudah terbiasa dengan konsert pop, rock, atau balada, kali ini sifu seni Malaysia bakal mencipta sejarah baharu dengan konsert lagu raya pertama di Malaysia – Cipta Raya.

Ya, betul, konsert lagu raya.

Bukan sekadar dendangan di pusat beli-belah atau corong radio, tapi sebuah konsert penuh berskala mega yang mengangkat lagu-lagu raya ke pentas arus perdana.

M. Nasir

Bakal berlangsung pada 13 April 2025 di Zepp Kuala Lumpur, Cipta Raya adalah hasil spin-off daripada kejayaan Konsert Cipta 2 yang berakhir dengan lagu raya klasik “Satu Hari Di Hari Raya”—menjadi viral selama berminggu-minggu tahun lalu.

Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, idea ini tercetus kerana keunikan M. Nasir yang bukan sahaja memiliki lagu-lagu raya sendiri tetapi juga banyak menggubah karya ikonik untuk penyanyi lain.

M. Nasir

“Biasanya konsep spin-off hanya ada dalam dunia filem, tapi kali ini kita cuba dalam konsert. Cipta Raya dibuat khas dalam bulan Syawal, meraikan Aidilfitri dengan sebuah persembahan yang belum pernah diadakan sebelum ini,” kata Iman Tang

Konsert M. Nasir + Rumah Terbuka

Apa yang menjadikan Cipta Raya lebih istimewa adalah 20 buah lagu bakal dipersembahkan, dengan 17 daripadanya lagu raya.

Juadah raya percuma sebelum konsert bermula! Seakan-akan rumah terbuka Aidilfitri eksklusif untuk peminat dan setiap penonton akan menerima sampul duit raya khas sebagai tanda penghargaan.

M. Nasir

Menurut M. Nasir, “Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah keraian seperti Aidilfitri itu sendiri. Ini hari kemenangan kita semua.” – M. Nasir

Tiket & Harga: Pilih Hidangan, Pilih Pengalaman!

Tiket untuk Cipta Raya mula dijual pada 5 Mac 2025, jam 11 pagi di Ticket2U.

Pada hari konsert, juadah raya akan mula disajikan dari jam 6 petang sebelum konsert bermula pada 8.30 malam.