Konflik di Gaza masih lagi dalam keadaan yang sangat kritikal, terutamanya dari segi kemanusiaan. Tiada gencatan senjata yang menyeluruh dan berpanjangan dapat dicapai, dan pertempuran serta serangan masih berterusan di beberapa kawasan.
Sementara, misi bantuan sepertinya ada sahaja halangan malahan sekatan sehingga sukar disambut oleh rakyat Gaza yang pada ketika ini diambang kesusahan yang amat dahsyat. Makanan harian mereka pun belum tentu ada kerana ketiadaan sumber yang tinggal di sana lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang pemuda dari Mesir melemparkan sejumlah botol berisi bahan mentah yang boleh dijadikan makanan ke laut buat rakyat Gaza di sana.
Usahanya itu dititipkan bersama doa kepada Sang Pencipta agar botol-botol itu boleh tiba ke negara Gaza yang bergolak itu dengan selamat dan boleh dimanfaatkan oleh mereka.
“Maafkan kami, saudara-saudara di sana. Ya Allah, sebagaimana Engkau telah membawa Nabi Nuh di lautan, di tengah gelombang sebesar gunung, sampaikanlah ini daripada kami kepada Gaza.
“Ya Allah, sesungguhnya laut ini adalah salah satu daripada tentera-Mu. Bawalah ini daripada kami kepada Gaza. Ya Allah, wahai Zat yang membelah laut untuk Nabi Musa, sampaikanlah botol ini kepada Gaza,” luahnya.
Dipercayai botol-botol telah diisi dengan biji-bijian dan tepung yang mana ringan dan lebih tahan lama memandangkan ia bakal mengambil masa agak lama untuk tiba ke sana.
@selvyysistedyy Sebuah video yang diposting di media sosial menunjukkan seorang pria Mesir melemparkan botol-botol plastik yang berisi biji-bijian dan tepung ke laut, dengan harapan botol-botol tersebut akan sampai ke Gaza. Dalam 24 jam terakhir, rumah sakit-rumah sakit di wilayah yang terkepung tersebut mencatat 15 kematian akibat kelaparan dan malnutrisi, termasuk empat anak-anak. Dengan demikian, jumlah korban meninggal akibat kelaparan di Gaza telah mencapai setidaknya 101 jiwa, menurut catatan Kementerian Kesehatan Palestina.
Video itu menjadi sorotan di media sosial dan ramai mendoakan agar botol-botol itu boleh tiba ke destinasi yang sepatutnya dan sedikit sebanyak sudah menyelesaikan hak sebagai saudara seislam.