Ernie Zakri merupakan salah seorang penyanyi tanah air yang cukup berbakat dan berkaliber. Beliau turut memenangi pelbagai anugerah dan pertandingan berpresti di Malaysia.
Kehebatan beliau memang tidak dapat disangkal lagi di dalam dunia nyanyian dan kini terbukti apabila pelancong luar turut mula mencari-cari perihal penyanyi profesional ini selepas menonton satu persembahan bersempena ambang kemerdekaan di KLCC yang diadakan baru—baru ini.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna X bernama @sze_ann di mana sebuah video yang dimuat naik telah memperlihatkan sebahagian pelancong dari China yang sangat teruja sehinggakan terkelu lidahnya apabila mendengar nyanyian secara live oleh Erni Zakri.
Mereka seakan terpukau melihat persembahan tersebut dek kerana suara yang tersangat lunak serta nyanyian pada high pitch yang sempurna disamping pula paparan visual yang cukup vibran. Selain Erni Zakri, penyanyi wanita, Yuna juga dilihat mendapat perhatian di dalam video itu.
Susulan itu, mereka merasa kagum kerana baru saat ini menyedari betapa ramai penyanyi Malaysia yang cukup berkaliber tinggi yang tidak pernah didedahkan kepada peringkat global sebelum ini.
Pelbagai pujian yang dilontarkan kepada Erni Zakri kerana berjaya mempamerkan persembahan yang luar biasa pada ketika itu.
“Siapa penyanyi hebat itu? Saya fikir ia adalah CD yang dimainkan.
“Suaranya begitu stabil.
“Meremang bulu roma saya serta-merta,” demikian antara pujian yang diberikan kepada gerangan pemenang anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.
I saw a video in xhs where this person from China filmed snippets of the performances in KLCC’s Merdeka concert, and she was completely shocked coz she doesn’t know Malaysia has that many high caliber singers (esp. Ernie Zakri) 😂 pic.twitter.com/IbjGkuLn2K
— Annnnnnn 🇲🇾✨ (@sze_ann) August 30, 2024
Difahamkan video tersebut telah dimuat naik di aplikasi terkemuka, Xiaohongshu di China dan telah menarik perhatian pengguna di sana.
Sementara warganet tempatan pula mengakui mereka sangat kagum dan berbangga dengan kehadiran penyanyi-penyanyi hebat di Malaysia yang bukan sahaja menghiburkan orang ramai malah berjaya menarik minat orang luar dengan budaya di sini.