Baru-baru ini tular sebuah video satu rakaman daripada sebuah rancangan TV yang memaparkan dua orang pengacara program sedang siang ikan.
Menerusi video yang tular itu, salah seorang pengacara tersebut kelihatan kekok ketika menyiang ikan menggunakan pisau.
Baca Juga:
- ‘Muslim Ke Tak Ni?’ – Netizen Pelik Peniaga Bertudung Jual Bakso Babi
- Apartment Di Cyberjaya Dilelong Separuh Harga Selepas 6 Tahun, Netizen Kongsi Kenapa Harga Susut
- Netizen Pertikai Penggunaan Telekung Dalam Gimik Promosi Filem Seram Dari Indonesia
Aq yang lelaki ni pun tau siang ikan…klu gini la alamatnya tk berasap la dapur 🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/EznrgMm1NP
— Prince Yoshiro (@Cool_Wannabe82) December 21, 2023
Susulan itu, isu menyiang ikan telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila ada kaum lelaki yang memperlekehkan pengacara itu dengan mengatakan mereka lebih mahir menyiang ikan.
Malah, ada juga yang beranggapan seseorang wanita perlu serba-serbi tahu banyak perkara walaupun memiliki kerjaya terutama sekali perlu handal memasak.
Wanita tak reti siang ikan = Tak berasap dapur
Tapi lelaki tak pandai mengimam & ajar anak isteri baca Quran, tukar minyak hitam, betulkan paip pecah, repair kipas rosak, cuci filter aircond, gas habis pun biar bini gi beli, berat bangun subuh, tukar bulb hangus pun bini? https://t.co/6nQmsAuPgw
— 🖤 (@aiza_yin) December 22, 2023
Akan tetapi, segelintir netizen wanita ‘backup’ pengacara tersebut dengan mengatakan tidak mengapa jika tidak tahu siang ikan kerana kini zaman sudah berubah dan penjual ikan boleh tolong siangkan.
Bahkan, ada juga netizen berpendapat bahawa tidak pandai siang ikan bukan bermaksud tidak pandai masak.