Baru-baru ini tular sebuah video satu rakaman daripada sebuah rancangan TV yang memaparkan dua orang pengacara program sedang siang ikan.

Menerusi video yang tular itu, salah seorang pengacara tersebut kelihatan kekok ketika menyiang ikan menggunakan pisau.

Baca Juga:

Susulan itu, isu menyiang ikan telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila ada kaum lelaki yang memperlekehkan pengacara itu dengan mengatakan mereka lebih mahir menyiang ikan.

Malah, ada juga yang beranggapan seseorang wanita perlu serba-serbi tahu banyak perkara walaupun memiliki kerjaya terutama sekali perlu handal memasak.

Akan tetapi, segelintir netizen wanita ‘backup’ pengacara tersebut dengan mengatakan tidak mengapa jika tidak tahu siang ikan kerana kini zaman sudah berubah dan penjual ikan boleh tolong siangkan.

Bahkan, ada juga netizen berpendapat bahawa tidak pandai siang ikan bukan bermaksud tidak pandai masak.