Pernahkah anda membayangkan perasaan masuk ke sesebuah pusat beli-belah dan membeli tanpa perlu merenung tanda harga terlalu lama? Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara seberang kini, fantasi itu adalah realiti.

Fenomena ‘memborong’ pelbagai barangan dari fesyen bergaya di Bandung hinggalah tekstil borong di Tanah Abang kini menjadi pemandangan yang cukup sinonim.

Hebatnya, keghairahan pelancong kita yang berbelanja sakan bagaikan ‘jutawan’ ini tidak mencetuskan rasa kurang senang.

Sebaliknya, ia disambut dengan senyuman lebar dan tangan terbuka oleh warga Indonesia. Perbelanjaan besar di Indonesia telah didorong oleh kerana pengukuhan Ringgit Malaysia yang memperlihatkan pertukaran RM1 kepada 4,430 IDR pada saat artikel ini diutlis.

Menerusi satu hantaran ringkas oleh seorang pengguna Threads yang berkata: “Hey Jakarta, Tengok apa yang anda sudah buat kepada kami. Kami warga Malaysia seperti jutawan di sini”.

Dia turut memperlihatkan sejumlah barangan diborongnya yang memenuhi ruangan katil. Bahkan, dia telah membeli pelbagai jenis barangan gaya hidup yang lengkap ini pada harga cukup murah susulan pertukaran matawang Malaysia yang kuat.

'Macam Orang Kaya Baru' - Warga Indonesia Teruja Lihat Rakyat Malaysia 'Shopping' Sakan Di Sana
Sumber Gambar: [email protected]

Difahamkan dia telah membelanjakan sekitar RM4,000 seusai disoal oleh seorang netizen.

Menariknya, ada ramai lagi warga Malaysia yang turut berkongsi gambar hasil borongan barang di sana dan memuji akan kualiti produk lokal yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

'Macam Orang Kaya Baru' - Warga Indonesia Teruja Lihat Rakyat Malaysia 'Shopping' Sakan Di Sana
Sumber Gambar: Threads

Dalam pada itu, warga Indonesia malahan menyambut baik dengan fenomena rakyat Malaysia yang berbelanja besar kerana percaya ia bakal membantu kelangsungan warga tempatan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negaranya.

“Terima kasih kerana sudi berbelanja besar di sini. Jemput datang lagi dan ajaklah rakan-rakan untuk turut membeli-belah bagi memanfaatkan kelebihan nilai mata wang anda di tempat kami.”

“Selalu-selalulah berkunjung ke Indonesia. Masih banyak kota dan pulau indah yang menanti untuk diterokai. Alang-alang nilai tukaran wang menyebelahi anda, berbelanjalah sepuasnya di sini. Secara tidak langsung, anda juga turut membantu merancakkan ekonomi kami.”

“Daripada berbelanja di tempat lain, kami lebih suka jika rakyat Malaysia membelanjakan ringgit di sini. Anda akan mendapat nilai yang jauh lebih besar dengan perbelanjaan yang minimum; bukankah ia menakjubkan? Ayuh, datang dan rasai kehebatan WONDERFUL INDONESIA!”

Tidak sekadar warga Malaysia, pekerja Indonesia yang menerima gaji dalam Ringgit Malaysia turut menikmati manfaat yang serupa apabila mereka secara tidak langsung mempunyai kuasa pembelian yang kuat dan boleh berbelanja besar sewaktu berada di sana.