Krisis rumah tangga Hafidz Roshdi bersama Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai apabila wujudnya orang ketiga yang menganggu hubungan mereka dan ramai bersimpati dengan nasib Shuhada selepas dirinya dipukul oleh Hafidz sehingga cacat kekal pada wajah.
Susulan itu, Shuhada bangkit dengan menjual biskut dan juga dilihat mengubah penampilannya untuk kelihatan lebih bergaya. Dapat dilihat di Instagram, Shuhada seperti menerima ‘paid review’ busana dan juga berkongsi video menggayakan busana yang dipakainya.
Baca Juga:
- ‘Terima Kasih Hadiah Cacat Kekal Pada Muka’ – Respon Shuhada Selepas Ditumbuk Hafidz Roshdi
- ‘Nak Support Tapi Tak Mampu’ – Netizen Terkejut Biskut Shuhada Dijual Dengan Harga Mencecah RM179
- Muat Naik Gambar Sedang Dirawat, Ahli Keluarga Dakwa Hafidz Tumbuk Nurul Shuhada Di Muka
https://www.instagram.com/p/CqStEY2OQSZ/
Lantaran perkongsian video menggayakan busana tersebut, ia telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memperkatakan penampilan Shuhada yang kelihatan semakin cantik berbanding sebelum ini.
Walaupun menerima pujian netizen tetapi ada juga netizen menasihati Shuhada agar kekal berpakaian sopan dan memakai tudung labuh seperti sebelum ini kerana dilihat sudah singkat pemakaian tudungnya.
Bukan itu sahaja, berat badan Shuhada juga dilihat sudah turun dan makin kurus lalu terlihat makin cantik. Para netizen juga mengatakan Shuhada perlu fokus pada diri sendiri dan anak-anak ketika ini.