Pemilihan lembu yang mahu dijadikan korban juga memainkan peranan penting agar menepati dengan perintah agama Islam. Antara syaratnya mestilah sihat tubuh badan, sempurna dan berumur 2 tahun ke atas.

Namun, para netizen meluahkan rasa kecewa dan kesian selepas melihat beberapa video yang tular di media sosial di mana mempamerkan keadaan sejumlah lembu yang kelihatan terlalu kurus yang bakal dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha, hari ini.

Dapat dilihat keadaan lembu yang sampai ke lokasi tampak kurus kering sehinggakan menampakkan bahagian tulang rusuknya dan ada itu pula sepertinya kurang bermaya atau tidak sihat.

@

♬ –

@yusri_shah89

Cengkong je lembu ni πŸ€”

♬ bunyi asal – wiwit21 – wiwit21πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡°πŸ‡·

 

@blackpesol

♬ original sound – blackpesol – blackpesol

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kekecewaan masing-masing setelah melihat keadaan lembu korban yang nampak tidak sihat untuk dijadikan korban.

Ramai juga mempersoalkan bagaimana lembu-lembu dengan keadaan sedemikian boleh ditawarkan kepada pembeli bagi tujuan ibadah korban.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam pada itu, ada sebahagian netizen mendakwa perkara ini biasa kerana kualiti lembu ditawarkan berdasarkan bajet pembeli atau pun kelewatan membuat tempahan.