Tular satu rakaman video seekor lembu sudah lagi tidak bernyawa sebelum petugas korban menyembelih haiwan tersebut.

Dalam video berdurasi dua minit itu, kelihatan lembu yang dikorbankan tidak lagi bergerak dan sudah menjelirkan lidah. Selepas petugas selesai membacakan nama peserta, lembu itu disembelih, bagaimanapun tidak seperti haiwan korban hidup yang lain, lembu itu tidak bergerak, mengeluarkan darah, mahupun bunyi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pendakwah agama, Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar tampil berkongsi memberikan penjelasan menerusi satu video di TikTok miliknya.

@datosyeikhfaisol_omar

Viral Sembelih Lembu Korban Yang Telah Mati. Ulasan daripada Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar #korban #ibadahkorban #SyeikhAhmadFaisol #DatoSyeikhFaisolHjOmar #SyeikhFaisol #SyeikhFaisolHjOmar

♬ original sound – Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar – Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar

Menurut beliau syarat sah sembelihan adalah haiwan tersebut masih hidup dengan ‘Hayah Mustaqirah’, ia mati sebab disembelih, bukan sebab-sebab yang lain.

Tanda-tanya haiwan itu hidup ‘Hayah Mustaqirah’, apabila disembelih ia akan menggelupur (ekornya bergerak-gerak) atau darah keluar memancut atau keluarkan suara yang kuat.

Bagaimanapun tidak semua tanda-tanda itu mesti ada pada haiwan yang disembelih, jika ada salah satu sudah memadai dan sahlah sembelihan haiwan itu.

Tambahnya lagi, selepas beliau menonton video yang tular tersebut, pendakwah itu mendapati secara hakikatnya lembu tersebut sudah mati sebelum sembelihan lagi.

“Berbalik pada video yang saya lihat baru ini, hakikatnya haiwan itu sudah mati. Di antara sebab kematian itu disebabkan lehernya (lembu itu) sudah terjerut tali yang teruk. Maka sembelihan itu sebenarnya tidak sah,” kata Dato’ Syeikh Faisol.

Beliau juga menyeru agar petugas yang terlibat korban dan penyembelihan supaya peka semasa menumbang dan mengikat haiwan korban supaya tidak terjerut sehingga mati — disebabkan kecuaian, peserta korban kerugian sejumlah wang yang besar.

Dato’ Syeikh Faisol juga meminta pada masa akan datang petugas-petugas dapat belajar kaedah sembelihan yang sepatutnya mengikut hukum syarak.

Manakala orang yang menumbangkan haiwan korban pula dapat menumbangkan dengan kaedah yang baik supaya tidak menyeksa haiwan berkenaan.