Baru-baru ini lima orang penjenayah ditembak mati di Persiaran Harmoni di Putra Heights, dekat Subang Jaya.

Menurut pihak polis, kelima-lima penjenayah itu disahkan cukup licik dan ganas, dengan mereka yang mula aktif sejak 2022 dipercayai terbabit 50 kes samun seluruh Selangor serta Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

Bagaimanapun tular satu klip yang mengundang kebimbangan netizen apabila ada seorang rider penghantar barangan berada berdekatan lokasi polis tembak-menembak berlaku.

Menerusi video dimuat naik akaun X.com @rzmnrm, ada individu merakam pihak polis mengawal perimeter kejadian untuk mengelak orang awam masuk ke kawasan berkenaan.

Tiba-tiba datang seorang rider penghantar barangan memberhentikan motosikal betul-betul di hadapan individu yang merakam situasi genting itu.

Ketika anggota polis bercangkung dan baring meniarap, untuk mengelak peluru sesat, rider terbabit dirakam tenang duduk di atas motosikalnya untuk melihat situasi polis menembak penjenayah.

Warganet menegur tindakan bahaya rider, serta perakam video terbabit kerana andaikata ada peluru tersesat, boleh mendatangkan kecederaan atau maut.

Dalam pada itu, ada netizen berpendapat mungkin rider tersebut betul-betul ingatkan insiden itu merupakan salah satu babak pengambaran.

“Benda macam ini jarang-jarang berlaku, mungkin dia ingat penggambaran filem, sebab itulah dia berani duduk tepi dekat situ,” kata netizen.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kumpulan membabitkan lima warga tempatan berusia 25 hingga lingkungan 30-an itu tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa yang cuba menghalang mereka.

“Anggota geng ini mempunyai rekod jenayah lampau antara tujuh hingga 16 kes setiap seorang.

“Kumpulan ini juga licik. Mereka dijejaki dan dikehendaki polis sejak 2022,” kata Datuk Hussein.

Beliau berkata kumpulan terbabit menyasarkan menjadikan premis kilang dan pejabat terutama syarikat logistik yang mempunyai ‘safebox’ (peti simpanan) yang mempunyai wang tunai, selain turut menjadikan rumah kediaman sebagai sasaran.

Bagi kes samun syarikat logistik, pihak polis tidak menolak jika ada orang dalam memberikan maklumat mengenai wang tunai dalam ‘safe box’.

Sumber