Pada bulan ini, sejumlah syarikat sedia menawarkan jualan istimewa untuk para pelanggannya. Machines kini berkongsi bahawa mereka akan melakukan sebuah acara jualan penghabisan stok di The Starling Mall, PJ.

Acara jualan penghabisan ini bakal bertempat di Dewan 1 di tingkat 5 di The Starling Mall. Semua orang boleh menyertai jualan penghabisan bermula 10 Jun dan 11 Jun kelak. Menariknya, anda yang sudah menjadi ahli eksklusif Machines pula berpeluang menyertai lebih awal iaitu hari ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Machines

Machines sudahpun mengemas kini senarai peranti yang termasuk di dalam jualan penghabisan ini di samping status stok yang tersedia menerusi laman rasmi mereka. Selain iPhone, terdapat beberapa jenis barangan lain yang ditawarkan seperti iPad, MacBooks dan aksesori iPad.

Berdasarkan pemerhatian kami, jualan kali ini mempamerkan potongan harga yang tinggi sekaligus berbaloi didapatkan pada kali ini. Kini anda bolehlah mula menyemak harga barangan yang diminati dan dapatkannya sementara stok masih tersedia.

Sumber