Sektor agromakanan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam negara. Menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sektor agromakanan dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun sekaligus meletakkan sektor ini sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pihak mereka akan memastikan sekuriti makanan terus terjamin disamping terus memperkasa aktiviti eksport produk agromakanan ke luar negara termasuk Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai perkara telah dibincangkan semasa sesi sidang video antara lain, berkaitan dengan cabaran pandemik COVID-19 kepada sektor agromakanan, polisi sekuriti makanan negara, usaha-usaha meningkatkan pengeluaran domestik, pematuhan kualiti eksport barangan agromakanan

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan Pengeksportan produk agromakanan Malaysia ke Singapura kekal stabil dengan kadar pertumbuhan tahunan antara 1% hingga 6% bagi tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Pada masa yang sama, Dr Ronald juga telah melawat Pasar Tani Datin Halimah, Johor Bahru bagi melihat sendiri operasi pasar tani. Ini adalah selaras dengan pembukaan semula outlet pasaran FAMA di seluruh negara memandangkan tiada lagi negeri berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Dr. Ronald, sehingga kini kesemua 368 outlet pasaran FAMA di seluruh negara telah mula beroperasi dengan mengadaptasi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tular pada minggu ini apabila terdapat sekumpulan YouTuber yang hasilkan konten prank tangkap basah yang didawak sebagai hiburan para penonton.

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen

Sekadar Pakai Selipar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang Tular Ini Raih Perhatian Netizen