Seorang netizen telah memuat naik status berbaur nada kecewa dengan pihak penjaja di luar pagar sekolah yang menjual maggie dalam cawan kepada kanak kanak sekolah.
Ianya adalah makanan tidak berkhasiat yang dijual kepada kanak kanak yang masih bersekolah.
Menurut netizen tersebut, dia sudah membuat aduan kepada pihak sekolah namun tidak ada tindakan. Lalu dia meminta pandangan, bolehkah dia membuat aduan kepada MPKJ?
Netizen itu berkata” “Tergamak eh acik acik ni jual kat budak sekolah rendah benda macam ni. Report kat sekolah tak jalan, kita boleh report dekat siapa lagi eh? MPKJ?”

Netizen lain membalas: “Geramnya tengok. Sekolah mana lah ni? Kesian parents yang bertungkus lumus jaga pemakanan anak, alih-alih luar sekolah beli maggie. Bila sampai rumah tak mau makan sebab dah kenyang melantak maggi. Dahlah kembang pulak, memang peniaga ni tak ada benda lain nak jual ke macam mana? Food yang tak sihat pula dia jual.”
Kemudian yang lain menyatakan bahawa, sebelum ini dia pernah melihat ada peniaga menjual maggie cawan seperti ini di luar sekolah, namun pihak PIBG sekolah tersebut segera bertindak atas aduan ibu bapa. Dan penjaja tersebut terus tidak menjualnya lagi.
“Tak ada makanan lain ke nak jual?” soal seorang lagi warganet.
Ada juga yang berpendapat bahawa: “Memang susah nak menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat, jadi, kita perlu mendidik anak kita sendiri tentang pemakanan.”