Sejarah baharu tercipta apabila satu lagi inovasi FIFA digunakan buat pertama kali pada aksi bola sepak. Kali ini kad cabaran yang diperkenalkan FIFA telah digunakan julung kalinya pada aksi Piala Dunia FIFA B-20.
Pasukan bawah 20 tahun Maghribi mara ke perlawanan akhir Piala Dunia B-20 FIFA 2025 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Rabat itu berakhir dengan keputusan 1-1 selepas masa penuh dan masa tambahan.
Perlawanan tersebut menarik perhatian dunia bola sepak selepas pasukan Maghribi menggunakan sistem baharu FIFA dikenali sebagai “kad cabaran” (challenge card) untuk meminta semakan video (VAR) yang mengubah keputusan penting pada babak kedua.
Insiden ini menarik perhatian ramai netizen dan penyokong. Kerana ada yang menyatakan mereka baru pertama kali melihatnya.
Sebenarnya, sebelum ini pengurus Maghribi turut menggunakan kad yang sama, yang disebut kad hijau untuk membatalkan penalti yang diberikan oleh pengadil kepada Sepanyol. Mereka menjadi pasukan pertama menggunakannya.
🟩👀
Morocco U-20 became the first team to use the green card, when their manager showed it to contest a penalty. After review, the referee overturned his decision!@richardajkeys & Andy Gray discuss 👇#FIFAU20WC pic.twitter.com/SPW6i6GZL3
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) October 5, 2025
Apa itu Kad Cabaran?
Sistem Football Video Support (FVS) membenarkan setiap jurulatih memiliki dua peluang untuk menggunakan kad cabaran atau kad hijau dalam satu perlawanan.
Cabaran boleh digunakan untuk meminta semakan video bagi keputusan kritikal seperti, gol, sepakan penalti, kad merah langsung dan kesilapan identiti pemain
Jika cabaran berjaya dan keputusan diubah, pasukan mengekalkan hak cabaran mereka sebanyak 2 kali. Jika tidak berjaya, kad cabaran dianggap telah digunakan.
Pihak penganjur FIFA menyifatkan kejayaan pelaksanaan sistem kad cabaran di kejohanan ini sebagai langkah penting ke arah ketelusan dan keadilan pengadilan dalam bola sepak.
Ianya juga memberikan hak lebih banyak kepada jurulatih untuk mempertikaikan keputusan pengadil secara profesional. Memandangkan sebelum ini jurulatih seringkali merasakan mereka tiada kuasa langsung untuk bersuara.
Insiden Kad Cabaran
Pada minit ke-68, pada kedudukan 1-1, pemain sayap Maghribi, Baouf, dijatuhkan oleh pertahanan Perancis dalam kotak penalti. Pengadil pada awalnya tidak memberikan sepakan penalti dan mengarahkan permainan diteruskan.
Namun, jurulatih Maghribi segera mengangkat kad cabaran video di bawah sistem baharu Football Video Support (FVS) yang diperkenalkan FIFA pada kejohanan ini.
Selepas semakan video di tepi padang, pengadil kekal dengan keputusan bahawa tiada penalti untuk Maghribi. Namun begitu, kad cabaran itu menjadi perhatian ramai pihak.
Moroccan coach uses new “challenge card” to request VAR review vs France in U20 World Cup semifinal — part of FIFA’s new rule allowing coaches to call for video reviews
byu/DavidRolands insoccer
Sebenarnya sudah beberapa pasukan menggunakan kad cabaran ini dalam Piala Dunia B-20 kali ini, termasuk Argentina dan Maghribi sendiri sebelum ini.
Keputusan 1-1 kekal hingga tamat masa tambahan, sebelum Maghribi menang dalam penentuan sepakan penalti 5-4 untuk menempah tiket ke final.
Dengan kemenangan tersebut, Maghribi layak ke final buat kali pertama dalam sejarah kejohanan, menandakan pencapaian besar bagi bola sepak Afrika Utara.
🇲🇦 Le MAROC EN DÉMONSTRATION.
🇪🇸 2–0 ✅
🇧🇷 2–1 ✅
🇰🇷 2–1 ✅
🇺🇸 3–1 ✅
🇫🇷 1–1 (TAB) ✅5 chocs, 5 réponses : le Maroc met tout le monde d’accord🌍👑 pic.twitter.com/ksEGf6mmnz
— makemoroccogreatagain🇲🇦۞ (@makemororocco) October 16, 2025