Hafidz Roshdi tidak dapat hadir ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi perbicaraan kes menumbuk dan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Hafidz Roshdi tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Membuatkan perbicaraan kes itu ditangguhkan ke 2 dan 3 Julai akan datang.
Baca Juga:
- ‘Apa Pun Orang Kata, Saya Biarkan Sahaja’ – Hafidz Roshdi Akui Lebih Bahagia Bersama Cinta Pertama
- ‘Setiap Manusia Buat Kesilapan, Jangan Hukum’ – Hafidz Roshdi Bersyukur Bernikah Dengan Cinta Pertama
- ‘Nafkah Anak Culas Bayar’ – Netizen Sindir Hafidz Roshdi Mahu Berkahwin Dengan Athira Yuhada
Nurul Shuhada berharap agar keadilan berpihak kepada pihak yang benar iaitu dirinya. Dia yakin akan memenangi kes ini.
Sambil menyatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan anak anaknya di rumah demi untuk hadir ke perbicaraan kes ini. Shuhada menaiki bas ke Kota Bharu.
Namun malangnya ketika tiba hari perbicaraan, dia agak terkilan apabil dimaklumkan bahawa bekas suaminya, Hafidz Roshdi tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
Shuhada akur dan akan setia menunggu untuk bersemuka semula dengan Hafidz Roshdi di mahkamah pada Julai akan datang.
#kualakububharu #rap Bekas isteri pelakon, Hafidz Rosdi iaitu Nurul Shuhada, terkilan apabila hari pertama perbicaraan kes dicederakan bekas suaminya yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depanhttps://t.co/80joanvWwC
— Harian Metro (@hmetromy) February 6, 2024
Pada Mac 2023 yang lalu, industri hiburan tanah air gempar dengan pendedahan Nurul Shuhada bahawa suaminya, Hafidz Roshdi telah menumbuknya 3 kali di bahagian muka sehinggakan dia mengalami kecederaan.
Dia menerima jahitan di bahagian mukanya kerana kecederaan yang dialaminya. Kes tersebut kemudian disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sebagai rekod, Nurul Shuhada dan Hafidz Roshdi mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.
Hafidz Roshdi sudah berkahwin sekali lagi beberapa bulan yang lalu. Dengan wanita yang dia gelar sebagai cinta pertamanya.