Shu Shukri telah menimbulkan ketidaksenangan pengikut setianya kerana dilihat memuat naik konten yang dianggap mempersendakan hukum agama.

Sebelum ini ada sesetengah pihak telah menimbulkan kecaman kerana mempermainkan hukum agama berkaitan dengan poligami dan mereka tak sangka Shu Shukri pun turut serta sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di mana mereka telah membayangkan kalau wanita boleh kahwin 4, apa akan jadi kepada lelaki.

Ianya sebagai respon kepada isu melibatkan Alif Teega yang bernikah lagi satu baru baru ini. Di mana ramai yang marah dan mengecam Alif Teega sehingga berpendapat bahawa poligami ini tidak bagus.

Seorang lagi pempengaruh media sosial, Shu Shukri tidak melepaskan peluang untuk menunggang isu tersebut. Dengan memuat naik video menggambarkan keadaan lelaki jika wanita boleh kahwin 4.

Dia menulis kapsyen: “Cenggini [macam ni] la kot [agaknya] diaa kalau lelaki dimadukan [emoji sedih]. Yang penting kita setia dgn yang syahtuuu [masukkan prouduk diwakilinya].”

Dia turut meletakkan kapsyen atas video itu: “Kalaulah perempuan boleh kahwin 4. Macam ni la perasaan lelaki bila dimadukan kan?”

Dia turut menyanyi lagu Rossa yang di-cover oleh lelaki, dengan menggambarkan lelaki itu sedang menangis, kerana mengenangkan betapa kejamnya perempuan itu menduakan dirinya.

Konten itu dianggap konten murahan kerana seolah olah mengajak pengikutnya menentang poligami. Ini adalah video tersebut yang dia muat naik di Instagram:

Ternyata ada followers beliau yang menegur konten tersebut. Kerana apabila ianya melibatkan soal hukum agama adalah lebih baik jangan dibuat konten yang mempersenda dan jenaka seperti itu.

Mereka menganggap konten kali ini sebagai tahap murahan dan meminta influencer itu lebih berhati hati dalam memilih konten yang mahu dipertontonkan kepada umum.

Namun begitu ada juga pengikutnya yang mempertahankannya. Dengan menyatakan ada netizen jenis tak rileks dengan konten sekadar hiburan seperti itu.