Sebelum ini influencer Shu Shukri atau nama sebenarnya Nurul Shuhada tampil memohon maaf setelah dikritik kerana konten yang dianggap mempersendakan hukum agama.

Beberapa minggu lalu, bekas isteri Hafidz Roshdi itu telah memuat naik video apa akan berlaku kepada lelaki jika wanita boleh kahwin 4.

Baca Juga:

Ianya dimuat naik di tengah tengah kemarahan netizen ke atas beberapa golongan woke wanita yang mahu berkahwin 4 sebagai respon kepada kes poligami melibatkan Alif Teega baru baru ini.

Shu Shukri tidak melepaskan peluang untuk menunggang isu tersebut. Dengan memuat naik video menggambarkan keadaan lelaki jika wanita boleh kahwin 4.

Dia menulis kapsyen: “Cenggini [macam ni] la kot [agaknya] diaa kalau lelaki dimadukan [emoji sedih]. Yang penting kita setia dgn yang syahtuuu [masukkan prouduk diwakilinya].”

Dia turut meletakkan kapsyen atas video itu: “Kalaulah perempuan boleh kahwin 4. Macam ni la perasaan lelaki bila dimadukan kan?”

Dia turut menyanyi lagu Rossa yang di-cover dengan filter lelaki berjambang menggambarkan lelaki itu sedang menangis, kerana mengenangkan betapa kejamnya perempuan itu menduakan dirinya.

Konten itu dianggap konten murahan kerana seolah olah mengajak pengikutnya menentang poligami. Ini adalah video tersebut yang dia muat naik di Instagram:

Shu Shukri ditegur

Ternyata ada followers beliau yang menegur konten tersebut. Kerana apabila ianya melibatkan soal hukum agama adalah lebih baik jangan dibuat konten yang mempersenda dan jenaka seperti itu.

Mereka menganggap konten kali ini sebagai tahap murahan dan meminta influencer itu lebih berhati hati dalam memilih konten yang mahu dipertontonkan kepada umum.

Namun begitu ada juga pengikutnya yang mempertahankannya. Dengan menyatakan ada netizen jenis tak rileks dengan konten sekadar hiburan seperti itu.

Tiada niat persenda agama

Shu Shukri kemudian tampil menjelaskan bahawa dia tak pernah berniat mempersendakan hukum agama. Shu Shukri meminta maaf setelah dikecam oleh netizen.

Dia menjelaskan dia sekadar suka suka memuat naik video itu untuk tujuan konten semata mata untuk mempromosikan produk yang menjadi penajanya. Dipetik dari laman Oh Bulan, Shu Shukri berkata:

“Saya tiada niat nak mempermainkan atau mempersendakan agama. Video tersebut tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik pun. Ia sekadar konten sahaja. Konten itu merupakan sebahagian daripada promosi produk yang saya tunjuk dalam video itu.

“Saya minta maaf kalau ada mana-mana pihak yang tersinggug. Saya percaya orang menegur saya kerana mereka sayang pada saya. Terima kasih semua.”