Bagi anda yang mengikuti kes tuntutan saman fitnah antara balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah dan Ali Puteh pasti mengetahu bahawa Hidayah telah memenangi kes tersebut. Malah, Mahkamah Tinggi juga menolak rayuan Ali Puteh serta tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Hidayah.

Susulan itu, Hidayah berharap adik iparnya, Ali Puteh tidak akan melengahkan lagi urusan pembayaran seperti yang diperintahkan oleh pihak mahkamah. Tambahnya di Instagram, Hidayah meluahkan rasa syukur keputusan rayuan mahkamah berpihak kepadanya serta meminta Ali patuh dengan perintah berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Alhamdullilah syukur pada Allah, keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada saya. Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang telah ditetapkan.” tulis Hidayah di Instagram.

Bukan itu sahaja, Hidayah berharap agar kehidupan dirinya bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan lebih tenang dan bahagia selepas ini serta berterima kasih buat yang mendoakan mereka.

Untuk rekod, Ali Puteh dan tiga keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey pada 18 Februari lalu kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.