Kecoh beberapa bulan lalu apabila dikatakan teknologi AI semakin berkembang dengan adanya Chatbot AI iaitu ChatGPT yang mampu memberi jawapan kepada pengguna dalam tempoh yang singkat.

Kehadiran ChatGPT ini juga turut dikaitkan dengan teknologi masa hadapan yang mampu meningkatkan produktiviti pengguna sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Elon Musk selaku antara individu terkaya dunia juga nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan chatbot AI di bawah syarikat xAI yang dinamakan sebagai Grok.

Setakat ini, Grok masih lagi dalam peringkat awal dan memerlukan tempoh latihan selama dua bulan dan dipertingkatkan keupayaannya seiring dengan waktu. Chatbot AI ini dihasilkan dalam menjawab pertanyaan serta mampu menghiburkan pengguna dengan jenakanya.

Menariknya, xAI mensasarkan agar Grok dapat terus berkembang sekaligus membantu dalam penyelidikan dan inovasi. Setakat ini Grok sekadar ditawarkan buat pengguna kecil di Amerika Syarikat sebelum ditawarkan kepada umum.

Sumber