Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara akan dijalankan secara rasmi bermula esok selepas pengumuman dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika sebelum ini, sekatan jalanraya banyak dilakukan di sempadan daerah dan negeri tetapi kali ini laluan tikus turut bakal dipantau. Bagi mengelakkan rakyat Malaysia merentas daerah atau negeri ketika musim perayaan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti laluan tikus di seluruh negara yang sering digunakan orang ramai.
Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar mengatakan laluan-laluan tikus akan diletakkan penghadang batu dan kawat duri bagi mengelakkan penduduk rentas tanpa kebenaran.
Walau bagaimanapun, lokasi laluan yang ditutup tidak akan didedahkan kepada umum. Tambahnya, sekiranya ada individu yang cuba rentas tanpa kebenaran, pihaknya akan mengambil tindakan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.
Malah, jika didapati individu terlibat melakukan kesalahan, tindakan kompaun akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Sekatan yang dilakukan bukanlah untuk menyusahkan orang ramai tetapi untuk mengawal penularan pandemik COVID-19 dan berharap orang ramai akan mematuhi arahan kerajaan.
Untuk rekod, kes COVID-19 semalam mencatatkan 3,807 kes baru dengan 17 lagi kematian dalam tempoh yang sama, dengan keseluruhan 1,700 kematian terkumpul sehingga ke hari ini.
Tahukah anda bahawa anda tidak dibenar ziarah rumah ke rumah dan juga ziarah kubur? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Anda Dilarang Ziarah Rumah Ke Rumah, Kubur Di Hari Aidilfitri Nanti
Masih Keluar Rumah Selepas ‘Swab Test’, Netizen Kecewa Sikap Tidak Endah Segelintir Rakyat
Malaysia Rekod Kes Pertama Varian COVID-19 Mutasi Berganda, Dibawa Masuk Menerusi Rakyat India