Dilaporkan oleh laman berita Tribunjabar, Pondok Al-Quraniyah di Krangkeng, Jawa Barat, menjadi lokasi di mana pelaksanaan solat sunat “Tarawih Kilat” yang dijalankan selama 7 minit. lapor KOSMO!.

Dalam laporan oleh media tempatan, solat sunat tersebut dijalankan dengan pantas, memakan masa hanya selama 6 hingga 7 minit, menjadikannya fenomena menarik di kalangan umat Islam di kawasan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, solat sunat “Tarawih Kilat” di Pondok Al-Quraniyah melibatkan pelaksanaan sebanyak 23 rakaat.

Meskipun dilaksanakan dengan cepat, solat tersebut menarik perhatian jemaah, yang kebanyakannya terdiri dari golongan muda.

Bahkan, masjid yang menjadi tempat pelaksanaan solat itu dipenuhi dengan jemaah yang membanjiri halaman masjid untuk menunaikan ibadah tersebut.

Dalam keterangan kepada media, pengurus Pondok Al-Quraniyah, KH Azun Mauzun, menyatakan bahawa solat sunat “Tarawih Kilat” sudah diadakan sejak tahun 2006.

Tujuan utama pelaksanaan solat ini adalah untuk mengajak golongan belia agar lebih aktif dalam ibadah, terutama dalam bulan suci Ramadan.