Memang tidak dinafikan, ada sebahagian lokasi hartanah sebagai contoh Bukit Tunku, Mont Kiara dan Sri Hartamas dilihat sebagai tempat golongan T20 atau ekspatriat yang berjaya.

Sebut sahaja yang sebut tinggal di sana, kebiasaannya akan dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Namun siapa sangka ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendiami lokasi kayangan tersebut walaupun tidak mampu pada dasarnya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam sedutan temubual bersama stesen radio tempatan yang dikongsikan akaun TikTok @era.je baru-baru ini, DJ telah bercakap dengan seorang wanita Malaysia yang dikenali sebagai Sarah.

Sumber Gambar: atsa architect

Wanita itu membuat pengakuan bahawa dia lebih mengutamakan gaya hidup seperti orang kaya sekaligus mengambil keputusan untuk tinggal di Hartamas.

Sarah berkata dia sanggup mengekalkan ‘statusnya’ untuk tinggal di lokasi mewah meskipun terpaksa menghabiskan kesemua gajinya.

“Tak kisah lah duit gaji habis ke apa, kita boleh cari duit balik, tapi saya nak maintain gaya hidup ala-ala kaya gitu,” kongsi wanita itu.

Apabila ditanya bagaimana boleh tinggal di kawasan elit itu, dia mendedahkan tidak kisah melakukan beberapa pekerjaan sekaligus asalkan boleh kekal dengan gaya hidup yang tampak seperti orang kaya itu.

Sumber Gambar: FTSM

“Saya mengambil seberapa banyak pekerjaan yang saya boleh, tidak kisah la kerja sampai nak rebah ke apa asalkan boleh kekalkan lifestyle ini,” tambahnya lagi.

Salah seorang DJ juga bertanya kepada Sarah sama ada penting untuk orang lain mengetahui bahawa “Hartamas” adalah alamatnya dan Sarah segera menjawab semestinya dengan nada yakin.

Seorang DJ lain bertanya sama ada Sarah akan berpindah ke Kayu Ara di Damansara, dan Sarah berterus terang tentang apa yang difikirkannya iaitu tidak sama sekali.

Dalam pada itu, dia berkongsi tentang rakan-rakannya yang mengambil pendekatan yang berbeza di mana gemar membeli rumah di kawasan luar bandar namun mempunyai kediaman yang besar.

DJ dan Sarah kemudiannya membincangkan sedikit tentang tempat dengan nama biasa tetapi tanpa disedari oleh orang lain, tempat itu “dipenuhi” dengan rumah besar.

@era.je

Bukan main eh Sarah ni duduk Hartamas untuk kekal lifestyle have-have gituu!! 😂 Walaupun takde duit gaji habis, tapi dia tetap nak nampak kaya haha!! Macam-macam hal! #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Kalau anda sanggup tinggal di kawasan dengan nama yang gah tetapi rumah biasa-biasa atau memiliki rumah yang besar di tempat dengan nama biasa?