Seperti yang ramai sedia maklum, pandemik COVID-19 nampaknya masih tidak menunjukkan tanda pengurangan selepas varian Omicron diperkenalkan. Varian terbaru ini nampaknya turut mendapat perhatian World Health Organization (WHO) di mana pihak WHO turut memaklumkan varian Omicron sebagai sangat berbahaya pada ketika ini.
Melihat kepada penularan varian terbaru COVID-19 yang didakwa sangat membimbangkan, syarikat AstraZeneca selaku pihak pengeluar vaksin COVID-19 dilaporkan sedang dalam kajian dalam menghasilkan vaksin terbaru bagi menghalang penularan varian Omicron.
JUST IN: Director of group that led research for AstraZeneca vaccine says a new version can be developed 'very rapidly' to deal with Omicron variant
— The Spectator Index (@spectatorindex) November 27, 2021
Pengeluar vaksin iaitu Pfizer, Moderna dan Novavax turut yakin vaksin keluaran mereka turut mampu melawan penularan varian Omicron.
Sementara itu, profesor Andrew Pollard, selaku pengaruh kepada Oxford Vaccine Group memaklumkan vaksin sedia ada berkemungkinan sudah cukup untuk menghalang varian Omicron namun kajian lebih terperinci masih lagi diperlukan untuk mengesahkannya.
Lebih merisaukan, jumlah kes Omicron menunjukkan peningkatan di hampir semua wilayah di Afrika Selatan manakala Hong Kong pula muncul sebagai negara terawal di Asia dengan varian berkenaan.
Meskipun varian ini masih belum berada di Malaysia, felo kanan Akademi Sains Malaysia Dr Lam Sai Kit memaklumkan Malaysia perlu berwaspada serta bersedia dengan segala kemungkinan melihatkan kepada situasi semasa di mana orang ramai dibenarkan untuk merentas negara dan sebagainya.
Ketahui juga sebab mengapa WHO isytihar varian Omicron sebagai sangat berbahaya ketika ini.
Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian ‘Omicron’ Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini