Isu kelewatan penerbangan adalah isu yang sering ditekankan oleh para pengguna kerana ia mempengaruhi jadual perjalanan mereka. Oleh itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) mahu syarikat penerbangan menumpukan aspek operasi bagi mengelak berlakunya kelewatan penerbangan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu terbabit dan telah meminta kepada syarikat penerbangan fokus kepada operasi bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan.
Baca Juga:
- Anthony Loke Arah Malindo Air Mohon Maaf Selepas ‘Flight Delay’ 8 Jam Tanpa Notis
- Baru Buka Dah Terkoyak, Netizen Minta Anthony Loke Pantau Vendor Pelekat ‘Roadtax’
- Anthony Loke Jumpa JPJ, Pengguna Bakal Terima Pelekat ‘Roadtax’ Lebih Berkualiti Tahun Ini
@vocket
“Memang saya tahu berkenaan rungutan orang ramai berhubung isu delay (kelewatan) penerbangan. Ini disebabkan pelbagai faktor seperti teknikal, cuaca dan sebagainya.
“Tetapi saya sudah minta syarikat penerbangan untuk beri fokus kepada operasi sebab kita harapkan ada suatu operasi lebih baik bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelepasan pesawat penerbangan tambahan istimewa AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), malam tadi.
Sekadar makluman, AirAsia sebelum ini mengumumkan 52 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap ke enam destinasi di Sabah dan Sarawak dari 17 hingga 30 Jan 2023 sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan harga tiket RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri.
Tambah Anthony Loke, sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai apabila kesemua tempat duduk penuh ditempah membuktikan inisiatif itu memberi manfaat kepada penumpang dan pastinya inisiatif ini akan diteruskan untuk Hari Raya kelak.