Twitter  sehingga kini mempunyai jumlah besar pengguna tidak aktif yang memenuhi platform tersebut. Oleh itu, Elon Musk sebelum ini menyatakan bahawa beliau sedia melepaskan 1.5 bilion akaun yang tidak aktif untuk membolehkan pengguna baharu mendaftar nama yang diminati.

Selaras dengan itu, kini hadir laporan yang mengatakan Twitter mungkin memilih untuk melelong nama pengguna tersebut. Nampaknya Twitter meniru langkah Telegram yang mana turut menjual nama pengguna yang dikategorikan sebagai premium.

Baca Juga:

Sumber Gambar: India Today

Dengan ini, Twitter berpeluang menjana pendapatan lumayan menerusi penjualan nama pengguna unik pada akaun tidak aktif berkenaan. Hal ini kerana sebahagian nama yang unik sangat diburu ramai lebih-lebih lagi untuk tujuan bisnes atau membina jenama tersendiri.

Dengan jangkaan lebih 1 bilion akaun yang tidak aktif, Twitter boleh menjana pendapatan yang mampu menampung kos operasi harian dan juga baik untuk pertumbuhan pendapatan mereka. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tentang penjualan nama pengguna yang dijangka bakal diumumkan pada masa kelak.