Harvest Gourmet, jenama produk makanan berasaskan tumbuhan Nestlé Malaysia, melancarkan kempen #HGEatGoodChallenge hari ini bagi mendidik dan mengadvokasikan pemakanan yang lebih sihat dan mampan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama BookDoc.

Di peringkat global, masyarakat kini lebih peka terhadap kepentingan kesihatan dan isu alam sekitar. Semakin ramai individu mengurangkan pengambilan daging dan mengamalkan diet berasaskan tumbuhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dengan menawarkan produk makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, ringkas dan mudah disediakan di samping memberi tekstur, nutrisi dan nilai produk yang tinggi, Nestlé Harvest Gourmet memberikan pengguna Malaysia suatu alternatif yang lebih sihat sebagai makanan harian kegemaran mereka.

Pada majlis pelancaran kempen #HGEatGoodChallenge, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata lebih ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih baik serta peka terhadap kesan pemilihan makanan mereka kepada planet. Kempen #HGEatGoodChallenge ini bertujuan menggalakkan dan memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia mempelajari cara mudah untuk mengamalkan cara pemakanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan lebih sihat dalam diet harian mereka.

“Kempen ini amat bermakna khususnya sebagai permulaan kepada tahun baharu dengan gaya hidup lebih sihat, sambil berbuat baik kepada planet!” kata Juan dengan penuh semangat,” ujar beliau.

Cabaran #HGEatGoodChallenge akan berlangsung mulai 10 Disember 2022 hingga 8 Januari 2023 melalui aplikasi kesihatan BookDoc. Peserta dikehendaki menyediakan dan menghantar 15 hidangan Harvest Gourmet dan mencatatkan sekurang-kurangnya 120,000 langkah dalam tempoh cabaran selama 30 hari untuk melayakkan diri memenangi hadiah- hadiah menarik.

Selain itu, setiap peserta yang berjaya melengkapkan cabaran akan menerima E-sijil daripada Nestlé RELeaf di mana Harvest Gourmet komited untuk menanam sebatang pokok baharu untuk setiap peserta yang melengkapkan cabaran. Nestlé RELeaf merupakan inisiatif penghutanan semula terbesar Nestlé Malaysia yang bermatlamat menanam tiga juta pokok menjelang akhir tahun 2024.

Dalam pada itu, selebriti pempengaruh Scha Alyahya, Dini Schatzmann dan Qiu Wen turut hadir untuk berkongsi pengalaman mereka mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam diet mereka dan kesan positif makanan ini terhadap kehidupan mereka.

Selaras dengan janji jenama Nestlé Harvest Gourmet “Eat Good, Feel Good&quot’, syarikat komited untuk membangunkan produk berasaskan tumbuhan yang lazat dan berkualiti tinggi, khususnya buat pengamal diet vegan serta berjuta-juta rakyat Malaysia yang ingin mengurangkan pemakanan daging, sebagai suatu alternatif yang enak dan lebih sihat.

Nestlé Harvest Gourmet menggunakan 100 peratus bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dipilih dengan teliti. Bahan-bahan tersebut diadun dengan cermat dan diperkenalkan dalam format yang mudah disediakan serta lazat untuk kegunaan di rumah dan di luar rumah. Rangkaian produk Harvest Gourmet terdiri daripada snek nuget, kutlet, burger serta mince dan kepingan Chargrilled yang sesuai digunakan dalam resipi.

Untuk maklumat lanjut tentang #HGEatGoodChallenge, sila layari http://www.harvestgourmet.my/whatsnew-tips. Hadiah mingguan menanti dan tiga orang peserta teratas akan memenangi hadiah seperti Apple Watch Ultra, Apple Watch SE dan Apple Airpods.