Sejak dipopularkan Alif Satar mengenai kempen Geng Subuh Macam Jumaat, dapat dilihat peningkatan jemaah masjid yang menyahut cabaran daripada selebriti ini.

Malah, fenomena ini telah menular seluruh negara sekaligus meningkatkan jemaah masjid di serata-rata masjid tanpa mengira umur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Ustaz Yaakub Yusra yang bertanggungjawab membangunkan Masjid Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Sungai Petani dan juga rakan kepada Alif Satar mengumumkan inisiatif terbaru buat anak kariah Masjid MADAD.

Menerusi perkongsiannya, Masjid MADAD yang menerima sumbangan daripada orang ramai sedia menjalankan inisiatif Geng Subuh Macam Jummat dan diteruskan menghantar anak-anak ke sekolah menerusi van yang disediakan pihak masjid.

Inisiatif yang dilakukan dibuat dalam meringankan beban ibu bapa sekaligus membolehkan anak-anak kecil membiasakan diri berjemaah di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah.

Idea hebat ini nyata mendapat perhatian orang ramai yang nyata kagum dengan inisiatif Ustaz Yaakub Yusra dan juga Masjid MADAD yang efisien dalam menggunakan dana yang tersedia pihak masjid.

Rata-rata netizen mengharapkan masjid-masjid yang lain dapat menjadikan MADAD sebagai contoh serta mampu menawarkan pelbagai idea hebat dalam mampu menarik orang ramai mesra dengan masjid sekitar.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat masjid yang diusahakan oleh golongan muda mampu menghasilkan idea yang unik serta lebih fresh buat masyarakat.