Pasaraya tempatan yang terkenal di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah menawarkan rangkaian cawangannya untuk digunakan sebagai pusat vaksin COVID-19.

Di dalam satu kenyataan hari ini, MYDIN telah berkata, seluruh cawangannya boleh digunakan supaya dapat memastikan masyarakat mempunyai akses serta memberi kemudahan kepada penerima vaksin tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan New Straits Times yang memetik Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, pihaknya telah bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai sebagai pusat vaksin terbabit.

MarketHall and Mydin
Pengarah Pengurusan Mydin Mohammed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali. Sumber: The Malaysian Reserve

“Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech dan merancang untuk memulakan fasa pertama imunisasi pada akhir Februari 2021 namun begitu pada ketika ini populasi Malaysia dianggarkan hampir 33 juta orang jadi agak sukar untuk memastikan pusat vaksin mencukupi serta sesuai.

“MYDIN mempunyai 27 pasar raya besar di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak dengan kawasan yang agak luas bagi memastikan keselesaan bakal penerima vaksin terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bantuan itu merupakan sumbangan syarikat tersebut bagi membantu petugas barisan hadapan yang telah berkorban nyawa serta tenaga dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Di samping itu, MYDIN juga berharap rakyat tempatan dan pekerja asing memberi kerjasama kepada semua petugas kesihatan dengan mengambil vaksin ini apabila diminta berbuat demikian.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang berjaya ‘trending’ melalui pautan di bawah.

Suami Sempat ‘Selfie’ Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

Bekas Pekerja Kongsi Budaya Kerja Tidak Sihat Sepanjang Di Tesla