Umum mengetahui, negara kita bakal menerima vaksin tidak lama lagi. Bagi meyakinkan rakyat akan tahap keselamatan vaksin COVID-19, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bersedia menjadi orang pertama dalam kumpulan terawal menerima suntikan vaksin.
Menurutnya, para pemimpin yang lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin agar orang ramai tidak merasa takut dan barisan pertama penerima suntikan amat penting untuk meyakinkan rakyat bahawa suntikan itu perlu bagi mengekang penularan COVID-19.
Tambahnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana majlis fatwa dan agama negeri telah mengeluarkan arahan bahawa suntikan vaksinansi itu adalah harus demi kesihatan dan keselamatan.
Malah, kerajaan telah membuat penelitian rapi memilih jenis vaksin untuk dibawa masuk ke Malaysia ini dan para pemimpin perlu bersedia untuk menjadi kumpulan awal menerima suntikan. Apakah pendapat anda jika para pemimpin menjadi kumpulan awal menerima suntikan vaksin?