Saingan liga amatur dalam negara kembali mendapat perhatian selepas diwarnai oleh insiden kekasaran melampau sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Dalam satu video yang tular di laman media sosial, perlawanan antara dua pasukan yang belum dikenal pasti diwarnai dengan insiden salah seorang pemain yang melakukan terjahan keras di bahagian dada terhadap salah seorang pemain lawan.

Baca Juga:

https://twitter.com/update11111/status/1859092499698249729?s=46&t=rgTXQxtBkdR0ACl02xia_A

Terjahan itu menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan terpaksa dikeluarkan kerana tidak mampu untuk meneruskan permainan.

Ironinya, pengadil perlawanan hanya melayangkan kad kuning kepada pemain yang melakukan terjahan dan bukannya kad merah. Wajar kualiti pengadil Malaysia selalu dipandang rendah.

Ini bukan kali pertama insiden kekasaran melampau terjadi di peringkat amatur dimana sebelum ini seorang pengadil ditumbuk ketika bertugas mengendalikan sebuah perlawanan peringkat liga sosial di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada separuh masa kedua, pengadil bertugas memberikan sepakan penalti kepada Pirates selepas salah seorang pemain Ukay Positive melakukan kekasaran dalam kawasan penalti.

Akan tetapi, keputusan itu tidak disenangi oleh pemain yang membuat kesalahan dan kemudiannya menumbuk pengadil selepas beliau dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan keras.

Selain itu, salah seorang pemain amatur pernah membawa senjata tajam berupa kerambit dan hampir menggunakannya ketika pergaduhan berlaku.

Menurut perkongsian pengguna laman Facebook iaitu Aliff Akhmal, kejadian itu berlaku di padang KLFA, Melawati dan pemain yang membawa senjata tajam itu dipercayai beraksi untuk pasukan Farouk FT.

Saban hari, kekerasan dalam bola sepak di peringkat akar umbi semakin kerap berlaku dan perkara ini perlu mendapat perhatian dari semua pihak dalam komuniti bola sepak dalam negara.

Bagi semua pemain, tujuan bola sepak di peringkat bawahan tidak lebih dari sekadar rekreasi selain menjadi salah satu cara untuk kekal sihat.

Bergaduh ataupun membawa senjata tajam tidak membantu perkembangan bola sepak itu sendiri malah semakin lama mereka akan ‘membunuh’ antara sukan nombor satu di negara ini.

Biarlah kalah dalam satu perlawanan di peringkat amatur tetapi semua dapat kembali pulang dalam keadaan selamat daripada berlaku perkara tidak diingini berlaku.