Semalam seorang pengguna TikTok memuat naik satu video yang memperlihatkan situasi pertengkaran dengan seorang pekerja di bahagian arcade.
Dakwanya pekerja telah mematikan mesin arcade yang dibayar susulan didapati berlaku bunyi hentakan dan pukulan sewaktu bermain pada mesin tersebut.
@jiejiejiejiewmmt @AEON FANTASY MALAYSIA We were playing Wangan normally, just like any other customers. Suddenly, one of the arcade staff came over and turned off our machine without any explanation. So I went to talk to them and asked why our machine was shut down. Their response was that we were “knocking” or “hitting” the machine. I want to make this clear: this game naturally makes noise when you play it. The steering wheel, pedals, and buttons all produce sound during normal gameplay. So I would like to ask—if the machine is not supposed to make any sound, then how are we supposed to play it? We are paying customers. We paid to play the game fairly and normally. Please do not scold or accuse customers over small things without proper explanation or respect. Lastly, I want to say this to Molly’s company: If you do not accept customers playing your machines the way they are designed to be played, then maybe you should reconsider opening this arcade for people to enjoy in the first place.#wangan6rr
Video yang berjaya meraih 4.2 juta jumlah tontonan itu yang niat hanya menunjukkan ketidak adilan bagaimanapun kini telah pecah tembelang apabila sikapnya yang bermain secara kasar telah pun dihidu.
Sedikit informasi, Wangan Midnight Maximum Tune adalah permainan video perlumbaan kereta arcade yang dibangunkan oleh Bandai Namco.
Menariknya, ia diadaptasi daripada siri manga popular Jepun, Wangan Midnight. Permainan ini sangat terkenal kerana fokusnya kepada perlumbaan berkelajuan tinggi (melebihi 300 km/j) di lebuh raya sebenar di Jepun, terutamanya Lebuh Raya Shuto di Tokyo.
Di bawah ini contoh, pemain wangan yang mengendalikan mesin arcade itu dengan cara yang sangat agresif, sekaligus mengundang kepada kerosakan yang serius.
Dalam pada itu, menerusi penularan di platform Threads, seorang netizen yang mendakwa dirinya pernah menjadi bekas pengurus di arcade AEON berkongsi bahawa kerosakan pada satu set stereng itu mencecah ribuan ringgit.
“Kepada pemain wangan. Aku bekas pengurus di AEON. Untuk pengetahuan korang baiki steering tu satu set penuh baru japan punya harga dia RM3,000.. satu set gear mencecah RM1,000.
Tambahnya, kalau setakat kerosakan biasa pada sensor dan bahagian pateri hanya sekitar RM500, namun apabila membabitkan keseluruhan set stereng ia menjadi mahal kerana mempunyai sensor calibrate.
“Dan untuk pengetahuan umum juga jika berlaku kerosakan mesin maka komisen staff akan terjejas sedikit. Bayar RM3 tapi kerosakan di buat lebih daripada tu kemudian nak bising,” ujarnya.
Malah, dia menegaskan lagi sebarang pengendalian yang dibuat secara agresif boleh dikira sebagai merosakkan harta benda awam dan boleh dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.
Insiden yang tular ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua peminat permainan video arcade, terutamanya komuniti pemain Wangan Midnight.
Meskipun niat asal pengguna tersebut adalah untuk menuntut keadilan, namun pendedahan mengenai kos penyelenggaraan yang mencecah ribuan ringgit membuka mata ramai pihak tentang beban yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha dan kakitangan pusat hiburan.
Perlu diingat bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan awam. Sikap bermain secara agresif bukan sahaja merosakkan harta benda, malah boleh menjejaskan punca pendapatan pekerja yang bergantung kepada prestasi dan keadaan mesin tersebut.
Sebagai pemain yang bijak, kita seharusnya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga etika ketika bermain.