Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif menyatakan semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diarah menutup operasi selama 2 jam pada setiap Jumaat.

Penutupan operasi semua premis perniagaan bermula jam 12.30 tengah hari dan jam 2.30 petang setiap Jumaat, berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan arahan penutupan operasi itu bukan sahaja membabitkan pasar raya, sebaliknya semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan.

“Pemilik pasar raya dan semua premis perniagaan termasuk restoran dan kedai makan diminta memberi kerjasama memastikan aktiviti tidak beroperasi dalam tempoh itu,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, arahan tersebut bukan isu terbaru, sebaliknya kerajaan negeri pernah mengeluarkan arahan sama waktu solat Jumaat pada 2014 lalu.

Semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya serta kedai menjual pakaian akur dengan arahan itu apabila tidak menjalankan aktiviti perniagaan pada masa ditetapkan.

MBKT akan mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen perniagaan jika pemilik premis perniagaan gagal mematuhi arahan dikeluarkan.

“Jika kita dapati pemilik semua premis perniagaan gagal mematuhi arahan ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan berdasarkan undang-undang yang digunapakai,” katanya.

Pada tahun 2014 lalu, Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Mohd Nasir Kushairi berkata, langkah penutupan premis selama 2 jam itu tidak akan memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri itu kerana kebanyakan perniagaan milik umat Islam ditutup semasa solat Jumaat.

Sumber