Pernahkah anda terfikir untuk menjadikan figura atau superhero idola anda sebagai salah satu watak penting dalam majlis perkahwinan?
Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Tapi lain pula dengan Shafiq Mansor dan pasangannya Aimi Aqilah yang telah berjaya membawa Kamen Rider hadir dalam majlis perkahwinan mereka.
Berminat untuk tahu lebih lanjut, kami telah menghubungi beliau untuk mendapatkan kisah di sebalik tabir perkahwinan unik ini.
Itu gambar ayah saya yang ada misai tu dan mak saya di belakang. Pada masa itu ayah saya, Haji Mansor Abdullah berjaya menjemput Kamen Rider itu ke kedai runcit arwah Tok Wan saya.
Rupanya Shafiq meminati Kamen Rider atau lebih dikenali sebagai Kesatria Baja Hitam ini sejak kecil lagi.
Segalanya bermula sewaktu Shafiq berumur 3 tahun, Kesatria Baja Hitam telah hadir di Pesta Pulau Pinang yang sedang berlangsung.
Saya mula minat lepas pertama kali berjumpa dengan mereka di kedai Tok Wan saya. Jadi saya mula minta ayah beli kan tape/kaset kamen rider dan minat itu terus sebati dengan saya hingga ke hari ini.
Saya mempunyai banyak koleksi Kamen Rider seperti tali pinggang, figura, helmet, dan banyak lagi.
Menurut Shafiq beliau telah menyimpan niat dan angan-angan untuk mengadakan majlis seperti ini sejak kecil lagi dan tidak menyangka akhirnya impian ini menjadi nyata.
Saya tak sangka pula ia kini menjadi kenyataan. Apabila majlis sudah semakin hampir, saya mendapat restu dari ahli keluarga untuk menyelitkan sedikit unsur Kamen Rider pada majlis saya.
Berapakah kos perkahwinan dan sewa kostum Kamen Rider? Ini jawapan Shafiq;
Kos majlis ini seperti majlis-majlis di Malaysia, tak murah sangat dan tak mahal sangat. Senang cerita, ini merupakan satu sambutan majlis yang serba sederhana sahaja. Even sewa tapak taman tu pun dalam RM400 sahaja sebab taman tu taman DBKL.
Saya merupakan salah seorang ahli group Kamen Rider Maniac.Sebum Group yang mengumpulkan peminat Kamen Rider atau Kesatria Baja Hitam dari seluruh Malaysia. Group ini ditubuhkan oleh Encik Azri Mohd Ali.
Jadi untuk kostum, ia tidak disewa tetapi milik tuan badan yang memakainya. Masing-masing yang pakai kostum tu mereka yang punya.
Ada yang ditempah khas dari Jepun, ada yang ditempah dari Indonesia dan ada juga yang membuat kostum itu sendiri. Saya juga mempunyai helmet seperti di dalam gambar dan ia ditempah khas dari Hong Kong.
“Pada mulanya Kamen Rider itu ada diletakkan pada kad kahwin saya. Dan ia sepatutnya sampai di situ sahaja. Tetapi disebabkan sokongan rakan-rakan Kamen Rider dari Kamen Rider Maniac dan Tokusatsu Malaysia, mereka sudi menawarkan diri untuk hadir ke majlis saya ber-kostum lengkap bagi merealisasikan dream wedding saya ini.”
Riders itu di ketuai oleh En Alexander Sia Eng Her ketua Tokusastu Malaysia. Dia merupakan rider pertama yang menawarkan diri untuk menyertai majlis ini. Kalau dia tak mula dulu, belum tentu semua ini dapat direalisasikan.
Ada yang datang dari Johor, Melaka, Penang dan banyak lagi. Mereka yang hadir sebagai kamen rider ini datang atas niat untuk membantu dan memeriahkan majlis saya ini. Selain dari mereka bertujuh, ahli-ahli lain turut hadir dengan tali pinggang Kamen Rider masing-masing sebagai tanda sokongan mereka pada majlis saya. Alhamdulilah.
Bagaimana pula dengan sokongan isteri? Adakah isteri Shafiq turut meminati Kamen Rider?
Soal isteri pula, saya betul-betul tak menyangka akan dapat isteri yang boleh menerima dan memahami minat saya yang unik. Maklum lah, dah besar-besar pun masih minat mainan. Hehehe.
“Saya bertemu dengan isteri saya ini 7 tahun yang lalu semasa menyambung pengajian diploma saya di UiTM Chendering Kuala Terengganu. Kami diletakkan untuk duduk bersebelahan semasa kelas sejarah.
Waktu itu, si isteri saya ni tak bawa buku sebab tak beli lagi. Jadi saya pun menawarkan untuk berkongsi buku dengan dia dan dari situ perkenalan kami bermula hingga ke tahap ini hari ini. Dah kahwin dah pun.
Pada mulanya , dia memang tak berapa suka dengan minat saya ini. Maklum la, perempuan mesti nak lelaki yang matang. Tetapi, as time pass by, dia akhirnya mula faham dengan minat saya dan secara tak langsung memberi sokongan pada saya walaupun dia tak pernah cakap dia suka semua ni.”
Macam mana tahu dia sokong? Sebab dia pernah buat cup cake Kamen Rider dan birthday cake Kamen Rider kat saya dahulu.
Hantaran tunang dari pihak perempuan – set Kamen Rider.
Hantaran kahwin dari pihak perempuan juga ada set Kamen Rider untuk diberikan kepada saya. Kalau itu tak sokong, tak tahu lah saya nak cakap apa. Hahahaha!
Bagi Shafiq, beliau sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh keluarga terutama mak dan ayah, mak cik, pak cik dan sanak saudara yang lain.
Door gift dari pengantin untuk rakan-rakan Kamen Rider
Selain itu, beliau juga sangat berterima kasih dan terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan Kamen Rider yang sanggup datang dari jauh.
Ada yang ambil cuti kerja sebab nak datang ke majlis saya ini. Sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat amat saya hargai. Sebab tanpa anda semua, memang impian saya untuk adakan dream wedding ini hanya akan jadi angan-angan dalam sanubari minda saya, ceeewaaah.
Kepada Shafiq dan Aimi, kami dari Vocket mendoakan agar kalian berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Jangan lupa update kami gambar-gambar cute bersama Shafiq junior pula nanti. HENSHIN!!!
TONTON: Video Majlis Kahwin Unik Gaya Kamen Rider
BACA: Tidak Cukup Dengan 2 Majlis, Pasangan Ini Adakan Majlis Perkahwinan Ketiga Dengan Gaya Sempoi