Tular satu klip video berdurasi 1 minit 33 saat di mana seorang lelaki membuang air besar di hadapan rumah orang di Taman Stapok, Batu Kawa, Sarawak.

Video itu dirakam oleh jiran bertentangan dari tingkat atas. Ketika dirakam, sebuah kereta Toyota berwarna putih dilihat memandu sedikit kehadapan, dipercayai untuk melindungi lelaki terbabit dariapda dilihat orang ramai.

Selepas selesai ‘melepaskan hajat’, lelaki itu segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.

Netizen berasa geli dan jelek apabila melihat tindakan lelaki terbabit kerana selamba berak di hadapan rumah orang secara terbuka.

Pada masa sama warganet berasa pelik mengapa lelaki itu tidak berak di dalam longkang yang ada berhampiran.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai mengutuk perbuatan lelaki tersebut, lapor Borneo Network.

Tegasnya, pihaknya akan mengesan lelaki terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan periksa pemilik kereta terbabit (dalam video yang tular) dan menghukumnya dengan sewajarnya,” katanya dengan ringkas.