Fenomena ‘bubble tea’ masih lagi dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, kedai minuman bubble tea juga tumbuh bak cendawan dan hampir setiap masa kedai-kedai ini penuh dengan pelanggan.
Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapati bahawa masih terdapat banyak kedai minuman teh boba yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.

Untuk pengetahuan anda, sebahagian bahan minuman itu diimport dari Taiwan dan hasil pemeriksaan pihak Jais mendapati ia tidak memiliki logo halal. Malah, ada segelintir kedai yang mendakwa minuman mereka ‘halal’ tetapi tidak memiliki sijil sebenarnya mengelirukan pengguna.
Di Malaysia ketika ini, antara minuman bubble tea yang mempunyai sijil halal adalah Tealive, CoolBlog dan Chatime sementara majoriti pengusaha ‘bubble tea’ yang lain masih gagal mengemukakan permohonan.
Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Pastinya isu halal ini merupakan sesuatu yang harus kita ambil peduli.
Itu isu halal di Malaysia, adakah anda tahu bahawa peniaga di Korea juga ‘menipu’ ramai rakyat Malaysia dengan isu halal?
Lihat YouTuber Ini Bongkar Taktik Peniaga Di Myeondong Street Perdaya Pelanggan Muslim
Lihat Trik Licik Peniaga Makanan Di Myeongdong Street Untuk Tarik Pelanggan Muslim
Lelaki Ini Dedah Cara Restoran Ikan Bakar ‘Halal’ Popular Di Korea Perdaya Pelancong Malaysia