Pasangan suami isteri di Indonesia ditahan oleh pihak polis selepas menyeksa anak mereka sehingga maut ekoran muntah di salah satu pasar raya tempat mereka meminta sedekah.
Menurut laporan Kompas.com, hasil siasatan pihak polis menunjukkan dua pengemis bernama Sinta Dewi (22) dan Aidil Zacky Rahman (19) menganiaya anak mereka dalam keadaan mabuk selepas menghisap gam kasut.

Baca Juga:
- Polis Siasat Kes 4 Individu Maut Selepas Hadiri Konsert Ambang Tahun Baharu
- Tesla Dinobat Sebagai Jenama Kereta Paling Bahaya, Rekod Kemalangan Maut Tertinggi
- Pemandu Brunei Maut Semasa Acara Drag Di Sandakan
Inilah tampang Orang tua yang Tega Aniaya Anaknya Sampai Tewas karena BAB di Celana
Penganiayaan tersebut dilakukan secara bergantian (13/1/2025)
šJakarta pic.twitter.com/Vs68bxTZcW— Miss Tweet | (@Heraloebss) January 13, 2025
Pengarah bahagian jenayah Polda Metro Jaya, Kombes Wira Satya Triputra menjelaskan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu.
“Selepas menghisap gam, suspek iaitu Aidil Zacky telah melampiaskan kemarahan beliau terhadap anaknya dengan cara menampar pipi dan mencampak budak malang itu sehingga menyebabkan kecederaan di kepala.
“Aidil menjadi gelap mata dan terus menganiaya anaknya yang kemudiannya mengalami sesak nafas. Sinta juga terlibat dalam kejadian tersebut dimana beliau menampar dan mencubit anaknya sebanyak tiga kali.
“Sebab kedua-dua suspek menyeksa anak mereka kerana sang anak muntah di salah satu pasar raya tempat mereka meminta sedekah dan kemudiannya ditegur oleh pekerja pasar raya untuk membersihkan muntah anaknya,” kata Kombes Wira.
Selepas menyedari kanak-kanak lelaki itu sudah tidak bernyawa, Sinta dan Zacky kemudiannya membungkus jasad anak dengan kain dan membuangnya di kawasan berdekatan sebelum melarikan diri. Perbuatan ini dilihat oleh salah seorang saksi yang kemudian membuat laporan polis.
Sinta dan Zacky akan didakwa dengan tuduhan membunuh dan bakal berdepan dengan hukuman selama 15 tahun penjara.