Tular satu klip video CCTV dikongsikan TikTok @annzzle, di mana seorang wanita dipercayai jiran telah mematahkan pokok yang ditanamnya.
Pada awal video berdurasi 45 saat itu, terdapat sebuah Honda HR-V parkir di tepi kawasan rumah jiran.
Baca Juga:
- Lelaki Di Sabah Tanam Pokok Pisang Tengah Jalan, Kecewa Laporan Jalan Berlubang Tak Dilayan
- Gigih Alihkan Pokok Tumbang Sewaktu Hujan Lebat, Tindakan Pekerja Mamak Ini Raih Pujian Netizen
- DBKL Berang Pengunjung Sambutan Hari Kebangsaan Jahanamkan Pokok
Kemudian seorang wanita dirakam menutup dan menggosok pintu bahagian penumpang, dipercayai bimbang pintu kereta bercalar.
Beberapa saat kemudian, wanita itu mematahkan pokok itu dengan memijak bahagian batang bawah.
@annzzle Betol ke buat mcm ni? Kesian la pokok niðŸ˜ðŸ˜ sakit hati saye😠@#pokok #podocarpus
Semasa wanita itu mematahkannya, pemandu datang menghampiri untuk melihat, kemudian berlalu begitu sahaja.
Rakaman CCTV tersebut mengundang rasa kurang senang warganet. Ramai tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.
“Apa salah pokok itu mak cik? Kan kereta boleh parkir depan sikit,” kata netizen.



Dalam pada itu, ada netizen tidak bersetuju pokok ditanam di tepi jalan kawasan perumahan kerana bimbang sekiranya tumbuhan membesar nanti boleh menyebabkan kecelakaan.