Tular satu klip video CCTV dikongsikan TikTok @annzzle, di mana seorang wanita dipercayai jiran telah mematahkan pokok yang ditanamnya.

Pada awal video berdurasi 45 saat itu, terdapat sebuah Honda HR-V parkir di tepi kawasan rumah jiran.

Baca Juga:

Kemudian seorang wanita dirakam menutup dan menggosok pintu bahagian penumpang, dipercayai bimbang pintu kereta bercalar.

Beberapa saat kemudian, wanita itu mematahkan pokok itu dengan memijak bahagian batang bawah.

@annzzle

Betol ke buat mcm ni? Kesian la pokok ni😭😭 sakit hati saye😭 @#pokok #podocarpus

♬ 原声 – Annzzle Ann – Annzzle Ann

Semasa wanita itu mematahkannya, pemandu datang menghampiri untuk melihat, kemudian berlalu begitu sahaja.

Rakaman CCTV tersebut mengundang rasa kurang senang warganet. Ramai tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.

“Apa salah pokok itu mak cik? Kan kereta boleh parkir depan sikit,” kata netizen.

Sumber Gambar: TikTok @annzzle
Sumber Gambar: TikTok @annzzle
Sumber Gambar: TikTok @annzzle

Dalam pada itu, ada netizen tidak bersetuju pokok ditanam di tepi jalan kawasan perumahan kerana bimbang sekiranya tumbuhan membesar nanti boleh menyebabkan kecelakaan.