Sindiket Chipsmore balang dilaporkan sedang mencari mangsa mereka. Di mana mereka akan mendakwa biskut itu homemade atau buat cerita sedih untuk meyakinkan pembeli.

Itu yang berlaku kepada seorang mak cik yang mudah rasa kasihan. Dan membeli 2 balang terus.

Seorang individu kecewa ibunya ditipu peniaga biskut yang sebenarnya cuba ‘packing’ semula biskut Chipsmore dan dimasukkan ke dalam balang.

Dia benar benar marah kerana ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas ibunya yang sudah berusia dan tidak kenal biskut Chipsmore. Dan jelas ianya satu sindiket.

Sanusi Zulkifli merungut mengecam sindiket chipsmore balang ini yang jelas mengambil kesempatan ke atas mangsa yang mudah rasa kasihan.

“Kau tengok mak aku ni. Kena scam dengan orang jual biskut Chipsmore dalam balang,” tulisnya

“Satu balang RM10 dan dia beli sampai 2 balang. Padahal dah tahu itu potongan chipsmore. Dia cakap anak dia buat.

“Tak salah nak ikhtiar cari hidup namun janganlah ambil kesempatan dengan mak cik mak cik yang mudah rasa kasihan, terutama sekali yang macam emak aku.

“Kau ingat kitorang ni bodoh ke. Mak aku cakap sedekah. Ye lah sedekah. Tapi aku masih juga sakit hati kena tipu hidup hidup,” jelasnnya lagi.

sindiket chipsmore balang

Rupa rupanya, memang ada sindiket jual chipsmore dalam balang dan mendakwa biskut homemade.

Sindiket chipsmore balang cari mangsa

Di ruangan komen, ada juga seorang netizen lain yang terkena kerana percaya bahawa itu biskut buatan tangan si penjual. Tetapi rupa rupanya Chipsmore.

Wanita itu mendakwa kisah dia sama dengan kisah yang diceritakan.

Wanita itu menulis: “Ini kita pegi pada hari tu. Malam tengah makan pakcik datang ke meja kata anak dia buat biskut dia tolong jual. Kita niat nak bantu la sebab nak hujan. Cahaya pulak samar samar tak nampak rupa. Dah bukak baru suami kata macam chipsmore.”

sindiket chipsmore balang

Yang lain berkata: “Kalau nak repack letak balang untuk makan sendiri tak apa. Janganlah dijual.”

Sindiket ini bukan sahaja menggunakan biskut Chipsmore, malah didakwa menggunakan biskut dari kedai Eco pun ada. Dan mereka akan meletakkan kertas cerita sedih keluarga mereka yang  memerlukan wang dan pelbagai cerita lagi.

Netizen berharap agar sama sama mengingatkan ibu bapa masing masing agar tidak termakan dengan umpan yang ditabur sindiket chipsmore balang ini.

Ada yang menegaskan tak salah nak menjual Chipsmore, tapi jangan klaim itu biskut homemade.

Ramai yang menasihati netizen berhati hati dengan sindiket chipsmore balang ini risau terkena dan terus membeli banyak untuk dibuat biskut raya.