Seorang warganet akui terharu dengan tindakan dua orang lelaki berbangsa cina yang meminta untuk makan terlebih dahulu makanan mereka ketika berada duduk di meja bersebelahan mereka.

2 lelaki Cina tersebut sedar bahawa di meja sebelah mereka adalah mereka yang sedang berpuasa.

Hanya mahu menunjukkan sedikit rasa hormat, mereka menyatakan bahawa terpaksa minta diri makan dulu sebab lapar.

Walaupun sebenarnya wanita tersebut tidak kisah pun kalau mereka makan sebelum waktu berbuka, kerana mereka tidak berpuasa, namun wanita tersebut tetap rasa terharu melihat keindahan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam perkongsiannya, wanita itu menulis: “Korang, saja nak kongsikan satu cerita. Sangat-sangat rasa dihormati apabila 2 orang lelaki Cina ini minta kebenaran nak makan dulu dekat kedai mamak.

“Masa ni lagi 15 minit macam tu nak berbuka, terkejut tiba-tiba ‘kak, boleh saya makan dulu, sangat lapar’.

“Kemudian saya cakap no problem, just proceed, then after dah bunyi azan siap, dia cakap ‘selamat berbuka [puasa]’, terharu sangat masih ada yang berhati baik.

Netizen suka mendengar perkongsian berkenaa. Ada yang menulis: “Nampak comel pula, rupanya masih ramai non-Muslim yang ambil berat. Hahaha. Diorang siap cakap, ‘Just eat je lah, jangan cakap macam tu. Awak makan saja, tak payah minta izin.”

“Tapi realitinya memang macam ni lah kan. Macam dekat ofis pun pernah jadi — orang siap cakap, ‘Eh, kenapa minum sorok-sorok? Minum je macam biasa lah/.

“Padahal yang puasa tu saya, bukan dia. Tapi memang kena puji juga, tahap hormat mereka tu memang A+.