Seorang dj antarabangsa meluahkan rasa geli hati apabila tempahan e-hailingnya telah ditolak secara tidak ‘sengaja’ oleh pemandu tempatan.
Menerusi video yang dikongsikan, dia bersama rakannya yang lain sedang menunggu tempahan perjalanan diterima oleh pemandu terpilih.
Namun, dia hanya menerima mesej dari pemandu berkenaan yang memaklumkan dirinya sedang makan bersama lampiran gambar mi goreng sebagai bukti dalam masa menyatakan terlupa menutup fungsi ambil tempahan di aplikasi e-hailing tersebut.
“Maaf… saya sedang makan..maaf…maaf…maaf…saya lupa nak tutup(merujuk kepada sistem tempahan di aplikasi),” tulisnya kepada dj tersebut.
Dj itu bagaimanapun mengganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan sahaja dan melihat kapsyen serta balasan komentar sepertinya sudah masak dengan perangai rakyat Malaysia yang sentiasa akan mendahulukan berkaitan makanan walau apa pun yang terjadi.

Dia memahami hal itu lalu memaklumkan sudah pun membatalkan tempahan dan mungkin membuat pesanan baharu untuk beri laluan kepada pemandu tersebut menyelesaikan makanan yang sedang dinikmatinya.
@lamel0_d Just Malaysian’s things 😂😂 #viralvideos #kualalumpur #malaysia #travel
Netizen tempatan turut mengiyakan perkara itu dan mendakwa makanan adalah benda paling utama buat warga tempatan.
Ada siap berseloroh untuk dj itu minta pemandu untuk belanja makan sekali kerana sudah menjadi kebiasaan dalam perbualan seharian kita.