“Selepas 30 minit, meja makan saya tiba-tiba meletup dan kaca bertaburan ke merata-rata tempat,”. Itulah luahan Stephanie Chu dalam perkongsian yang dibuat di Facebook pada Ahad lalu.
Kejadian itu menurut Stephanie berlaku ketika dia sedang menikmati hidangan steamboat bersama rakan-rakan di rumahnya.
“Jika anda seorang penggemar steamboat, sudah pasti anda akan tahu bagaimana kesannya jika steamboat tertumpah. Tetapi kali ini kesannya sepuluh kali ganda lebih teruk dengan kaca berterbangan di merata-rata tempat,” kongsinya.
Menurut Stephanie, dia dan rakan-rakannya juga terpaksa memanggil ambulans selepas kejadian itu dengan ada sesetengah dari kawannya yang mengalami luka yang agak besar.
“Ia sepatutnya menjadi pertemuan yang menggembirakan antara saya dan kawan-kawan. Tetapi ia akhirnya menjadi kejadian yang meninggalkan trauma mendalam kepada kami,” katanya.
Dia bagaimanapun berkata agak bernasib baik kerana perkara tersebut tidak berlaku semasa makan malam Tahun Baru Cina di mana ahli keluarga yang lebih berusia dan kanak-kanak akan turut berada di situ dan mungkin mengalami kecederaan yang lebih teruk.
Lagi menyedihkan, dia juga berhajat untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina di rumah yang baru dibelinya itu.
Namun kejadian letupan itu mengganggu keterujaan dia dan suaminya yang baru sahaja berpindah ke situ.
“Kami baru saja berpindah ke rumah baru kami, dengan perabot yang baru untuk segenap penjuru rumah dan kami sudah bersedia untuk menyambut Tahun Baru Cina di sini.
“Saya menangis selepas tiba ke rumah dari hospital malam semalam. Rumah saya kelihatan bersepah dan berbau tidak ubah seperti tempat kejadian pembunuhan.
Dalam perkongsiannya juga, Stepahanie turut mempersoalkan tindakan syarikat pembuat perabot tersebut yang hanya mahu menggantikan table top meja tersebut sahaja dan tidak mahu membayar bil perubatan yang terpaksa ditanggung dia dan rakan-rakan.
Sempena Tahun Baru Cina ini, IKEA menawarkan Bak Kwa halal sebagai salah satu tarikan terbaru mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Bak Kwa Halal Antara Menu Baharu IKEA Sempena Tahun Baru Cina
Kerana ‘Diserang’ Netizen Dari Malaysia, Wartawan Ini Cuba Nasi Lemak Sebenar Dan Akui Keenakannya
Wartawan Muslim Kongsi Pengalaman Ketika Dijemput Makan Daging ‘Babi Halal’