Umun ramai mengetahui makan di dalam tren pengangkutan awam LRT adalah salah satu perbuatan dilarang.

Bagaimanapun baru-baru ini pengguna LRT merakam seorang lelaki membuat beberapa kesalahan serentak; makan sehingga bersepah sambil buka kasut dan memenuhi tiga tempat duduk yang sepatutnya boleh diduduki orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas selesai makan, kelihatan sampah bertaburan di bawah kerusi lelaki itu. Kemudian dia dirakam bermain telefon sambil menggoyangkan kakinya yang tidak memakai kasut seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

@teachercalvintan

Kawan aku yang sharekan video pakcik ini. Makan dalam tren, pastu menjijikkan tahap dewa! Korang apa pendapat? #makandalamtren #eatintrain #lrtmalaysia #mrtmalaysia🇲🇾 #fyp #uncivilzed #prasarana #rapidkl @Rapid KL

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Tindakan lelaki yang mementingkan diri tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Orang ramai berharap pihak Rapid KL dapat mengetatkan lagi peraturan, serta meletakkan polis bantuan atau staf di dalam tren supaya tidak berlaku lagi perkara yang sama pada masa akan datang.

Sumber Gambar: TikTok @teachercalvintan

Menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh pihak Rapid KL pada video tersebut, tindakan makan di dalam tren memang tidak dibenarkan.

“Sekiranya berlaku lagi kejadian seperti ini, mohon untuk terus beritahu nombor tren LRT supaya kami terus dapat membuat tindakan pantas.

“Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan ini dan akan sentiasa membuat pemantauan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” petik komen Rapid KL.