Rakyat Malaysia memang gemar ‘cafe hopping’ dan tidak mahu ketinggalan terutama sekali jika ada kafe yang unik, pasti mahu cuba serta kalau boleh mahu jadi yang terawal mencubanya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @airieysayuti20 telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya terjah ke sebuah kafe unik yang berkonsepkan dalam tandas.

Baca Juga:

@airieysayuti20

Mesti korang gelikan mak makan dalam mangkuk jamban?? 😂 #toiletrestaurant #mangkukjamban #virall #fypopppppppppppppppppp

♬ suara asli – DJ DIKI APRILIO â„¢ – DJ DIKI APRILIO â„¢

Menerusi video terbabit, dapat dilihat tempat duduknya menggunakan mangkuk tandas dan dekorasinya turut meletakkan perhiasan berbentuk najis. Lebih mengejutkan apabila makanan yang dihidang diletakkan dalam mangkuk berbentuk tandas dan juga berbentuk seperti najis.

Akan tetapi, lokasi kafe tersebut tidak diberitahu dan hasil tinjauan kami mendapati kafe ini berada di Taiwan. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan konsep kafe tersebut yang dilihat seolah-olah menghina makanan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut pelik bagaimana lelaki itu berselera untuk makan di kafe tersebut kerana bentuk makanan menyerupai najis. Adakah anda akan makan di kafe ini jika diberikan peluang?