Beberapa video memaparkan keadaan kebersihan penyediaan makanan didakwa di sebuah restoran ternama Kg Baru menjadi bualan netizen. Mana tidaknya, video tersebut menunjukkan penyediaan makanan tidak bersih dengan ayam diletakkan begitu sahaja di atas dapur dan melenyek kentang menggunakan botol serta lantai yang basah.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat kebersihan makanan di restoran tersebut. Malah, para netizen turut tidak sangka pekerja di restoran itu tidak menitik beratkan aspek kebersihan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengecam tindakan pekerja di restoran terbabit kerana sewajarnya menghidangkan makanan yang bersih kepada pelanggan dan bukan sebaliknya.

Tidak hanya itu, para netizen juga mahu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat isu yang tular ini. Menerima kecaman ramai, pemilik video telah memadamkan video-video suasana tempat bekerjanya itu dan menjelaskan hal sebenar.

https://www.tiktok.com/@roziarba877/video/7057229125089561883

Menurutnya, video yang memaparkan tindakan memasukkan air ke dalam kuali berisi minyak itu hanyalah salah faham kerana ia video sebelum menukar minyak baharu.

Pemilik video itu juga meminta maaf kerana menimbulkan salah faham tetapi para netizen mengatakan bahawa bukan hanya isu air dicurah ke dalam minyak tetapi ayam yang diletakkan atas dapur begitu sahaja serta melenyek kentang dengan botol juga antara isu yang patut dijelaskan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terputus Bekalan Kentang Goreng, McDonalds Tangguh Jualan Set Bersaiz Besar Mulai Hari Ini

‘Rasa Nak Muntah’- Netizen Geli Lihat Kumpulan Lelaki Ini Jamah Maggi Di Sinki Bilik Air