Malakat Mall mengumumkan bahawa pasaraya tersebut akan menutup operasinya pada 31 Julai 2024 ini. Dan sebelum itu mereka membuat jualan penutupan secara besar besaran sebagai tanda menghargai pelanggan setia yang sentiasa menyokong mereka.
Pasaraya Malakat Mall dibuka secara rasmi pada 13 Mac 2020. Dan terpaksa ditutup pada hujung bulan ini. Dalam kenyataannya sebelum ini, Malakat Mall menyatakan bahawa mereka antara yang terkesan dengan era pandemik dan PKP.
Pandemik Covid-19 telah melanda hanya selepas 5 hari pasaraya tersebut dibuka secara rasmi. Kesannya sangat dirasai oleh Malakat Mall.
Kepada mereka yang berminat untuk membeli pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, kelengkapan rumah, makanan dan minuman serta banyak lagi boleh datang ke Malakat Mall bermula 20 Julai ini sehingga 31 Julai 2024.
Jualan penutupan itu dibuat pada tarikh tersebut dari jam 10 pagi sehingga 10 malam di Malakat Mall yang berlokasi di Cyberjaya.
Malakat Mall dalam pengumumannya menyatakan: “Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa Malakat Mall akan ditutup secara rasmi pada 31 Julai 2024.”
Malakat Mall merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang menyokong mereka sepanjang mereka beroperasi.
Dan sebagai penghargaan Malakat Mall membuat jualan penutupan yang menawarkan diskaun luar biasa dengan harga Serendah RM1. Menurut kenyataan rasmi pihak pasaraya tersebut.
Malakat Mall menambah: “Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini.
“Sebagai tanda penghargaan kami, kami akan mengadakan Jualan Penutupan Besar-Besaran dengan diskaun hebat dan serendah RM1untuk pelbagai barangan.
“Inilah peluang keemasan untuk mendapatkan barangan kegemaran anda dengan harga yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini!
“Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati diskaun hebat sebelum kami menutup pintu buat kali terakhir.
“Terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bagi. Kami amat menghargai setiap detik yang anda kongsi bersama kami di Malakat Mall.”
Sebagai tambahan, pelanggan setia Malakat Mall masih boleh mendapatkan barangan daripada mereka menerusi jualan atas talian. Sementara bahagian makanan dan minimum atau FNB akan dipindahkan ke Casa DeMadani yang akan menjadi ‘Rumah Makan’.
— Malakat Mall Cyberjaya (@MalakatMall) July 18, 2024