Malaysia Aviation Group (MAG) perlu membayar sehingga RM129 juta, untuk mengambil alih unit katering dalam penerbangan  yang sebelum ini dipegang oleh Brahim’s Holdings Bhd Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS), lapor The New Straits Times selepas perunding bebas, Deloitte Malaysia, menilai keseluruhan BFS pada nilai di antara RM162.8 juta dan RM184 juta.

Tambah laporan itu lagi, pihak Brahim’s bersedia untuk menjual 70 peratus pegangangnya dan terpulang kepada MAG yang kini memiliki baki 30 peratus kepentingan untuk mengambil sepenuhnya dengan tenaga kerja, kepakaran dan pelanggan syarikat penerbangan asing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak laporan ini ditulis, difahamkan bahawa BFS dan MAG Malaysia Airlines Bhd masih belum memuktamadkan perjanjijan katering baharu yang sepatutnya ditandatangani sebelum akhir bulan ini.

Dengan kurang dari 10 hari lagi sebelum bulan Ogos berakhir, difahamkan ‘jodoh’ kedua-dua pihak akan berakhir jika tidak menandatanganinya perjanjian menjelang akhir bulan ini.