Malaysia Airlines menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma tanpa had untuk sejumlah penerbangan terpilih bermula hari ini sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan pengalaman penumpang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan, Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi, berkata perkhidmatan itu tersedia untuk pesawat berbadan lebar terpilih tanpa mengira kelas penumpang.
Baca Juga:
- Terima Permintaan Yang Tinggi, Malaysia Airlines ‘Restock’ Kacang Masin Mulai Hari Ini
- Selepas 25 Tahun, Malaysia Airlines Mungkin Tamatkan Kontrak Katering ‘In-Flight’ Bersama Brahim’s Holdings
- Baju Kebaya Malaysia Airlines Tersenarai Sebagai Seragam Paling Cantik Di Dunia
Malaysia Airlines akan menawarkan perkhidmatan ini pada pesawat penerbangan A350-900, A330-300 dan A330-200, sebelum ia turut diperluaskan kepada pesawat penerbangan lain secara berperingkat.
Kini, pengguna tidak lagi perlu melakukan sebarang langganan atau bayaran untuk menikmati akses Wi-Fi ketika dalam penerbangan. Penawaran baharu ini adalah penambah-baikkan berbanding penawaran akses WiFi di penerbangan dengan had 100MB untuk beberapa kelas tiket sejak Julai 2023 lepas.
“Kini, penumpang hanya boleh menyambungkan peranti mereka ke rangkaian ‘MHconnect’ untuk menikmati Wi-Fi percuma dalam penerbangan,” kata Ahmad Luqman.
Tambahnya, MAG teruja dapat meningkatkan perkhidmatan dengan menyediakan Wi-Fi kepada penumpang di semua kelas perjalanan.
Ia turut menjadikan Malaysia Airlines antara syarikat penerbangan pertama yang menyediakan kemudahan itu.