Pasukan Malaysia dilaporkan sedang merancang perlawanan persahabatan menentang Yaman sebagai persediaan sebelum menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 yang akan diadakan pada Disember dan Januari nanti.
Yaman ketika ini berada di Malaysia bagi menjalani kem latihan pusat selama dua minggu sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Teluk Arab edisi ke-26 yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember hingga 3 Januari 2025.
Baca Juga:
- Ranking FIFA: Indonesia Kembali Pintas Malaysia
- Perlawanan Persahabatan: Malaysia Menang 3-1 Ke Atas Laos
- Seri Menentang India, Pau Marti Anggap Satu Keputusan Adil
🇲🇾🇾🇪 To gear up for the ASEAN Championship 2024, the Malaysian National Team is planning a friendly match against Yemen.
Yemen is currently on a training camp in Malaysia, preparing for the upcoming 26th Arabian Gulf Cup.#FAM pic.twitter.com/MbRI16xR7Z
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 21, 2024
Pengurus Yaman, Abdul Rahman Al-Anasi menyatakan 25 pemain yang dibawa tidak hanya menjalani latihan namun pihaknya sedang merancang satu perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya.
Inisiatif ini mendapat sambutan baik dari pihak tuan rumah namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada butiran penuh mengenai aksi persahabatan tersebut.
Dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa yang dihadapi bulan ini, Malaysia mencatat satu kemenangan dan satu keputusan seri.
Skuad kendalian Pau Marti menewaskan Laos dengan keputusan 3-1 hasil jaringan dari Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero.
Pada perlawanan kedua, Malaysia mengikat seri India dengan keputusan 1-1 dimana ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue menjaringkan gol untuk pasukan negara.
Saingan Piala AFF Mitsubishi Electric edisi 2024 akan berlangsung pada 8 Disember hingga 5 Januari 2025 dimana Malaysia diletakkan dalam kumpulan A bersama Kemboja, Singapura, Thailand dan Timor Leste.
Dalam saingan edisi 2022, Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon ketika itu berjaya mara ke peringkat separuh akhir namun terpaksa akur tewas kepada Thailand dengan keputusan agregat 3-1.
Malaysia memenangi perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 1-0 namun tewas pada perlawanan kedua dengan keputusan 3-0.