Sejak bermulanya pandemik COVID-19 bermula dari negara China, dapat dilihat saintis pelbagai negara berusaha keras dalam menjadi yang terawal untuk menghasilkan vaksin bagi menamatkan penyebaran wabak merbahaya ini.
Selain Russia, China telah muncul sebagai antara negara yang telah menghasilkan vaksin COVID-19. Sehubungan dengan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan Republik China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.
Sukacitanya sy ingin maklumkan, China bersetuju mengutamakan Malaysia sebagai penerima vaksin yang dibangunkan mereka. Biarpun proses penghasilannya masih berjalan, namun kesepakatan 🇲🇾🇨🇳 ini tetap perkembangan penting dalam usaha negara kita tangani wabak ini habis-habisan. pic.twitter.com/3o9bpOC6eO
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) October 13, 2020
Difahamkan bekalan vaksin akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.
Selain itu, Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tahap Tinggi dalam menzahirkan kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) Era Pasca COVID-19.
Persetujuan China bersama Malaysia ini membolehkan Malaysia menerima vaksin yang lebih awal berbanding negara-negara lain. Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang kurang yakin dengan keberkesanan vaksin keluaran negara China ini.
Selain virus COVID-19, dilaporkan muncul pula sebuah virus baharu di China yang dinamakan sebagai Norovirus. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
‘Bila Ambulans Datang Manusia Jadi Kalut’- Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Positif COVID-19